WASHINGTON – Jangka hayat Amerika Syarikat (AS) telah jatuh ke paras terendah sejak 1996 telah meneruskan penurunan mendadak didorong oleh pandemik Covid-19.

Data kerajaan menunjukkan jangka hayat semasa kelahiran kini berada pada 76.1 berbanding 79 pada 2019.

Ia adalah penurunan dua tahun paling teruk dalam satu abad.

Covid-19 adalah faktor penyumbang utama, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

Jangka hayat Orang Asli Amerika dan Orang Asli Alaska menurun sebanyak dua tahun.

Menurut data sementara, jangka hayat jatuh sebanyak 2.7 tahun antara 2019 dan 2021.

Statistik menunjukkan Covid-19 menyumbang 50% daripada penurunan antara 2020 dan 2021.

Antara 2019 dan 2020, wabak itu menyumbang kepada 74% penurunan.

Kecederaan yang tidak disengajakan – istilah yang digunakan untuk pengambilan dos dadah berlebihan mencapai rekod tertinggi pada tahun 2021 dan menyumbang kepada 15.9% penurunan.

Kematian akibat penyakit jantung, penyakit hati kronik dan sirosis serta bunuh diri juga merupakan penyumbang penting.

Kejatuhan jangka hayat AS amat ketara dalam kalangan Orang Asli Amerika dan Orang Asli Alaska.

Sejak 2019, jangka hayat dalam kalangan demografi ini telah menurun sebanyak 6.6 tahun, lebih dua kali ganda berbanding populasi AS yang lebih luas.

Statistik CDC juga menyerlahkan perbezaan ketara dalam jangka hayat antara lelaki dan wanita.

Bagi lelaki, jangka hayat turun kira-kira setahun kepada 73.2 pada 2021 manakala jangka hayat wanita turun 10 bulan kepada 79.1

Satu set berasingan data 2020 yang dikeluarkan minggu lalu juga menunjukkan perbezaan geografi yang ketara di seluruh negara.

Jangka hayat di Hawaii adalah yang tertinggi pada 80.7, berbanding 71.9 tahun di Mississippi.

Jangka hayat di AS adalah antara negara maju yang paling rendah di seluruh dunia.

Di UK, sebagai contoh, jangka hayat berada pada sekitar 79 untuk lelaki dan 82.9 untuk wanita pada 2020 selepas ia jatuh buat kali pertama dalam 40 tahun.

Menurut statistik terkini Bank Dunia, Hong Kong dan Jepun mempunyai jangka hayat tertinggi di dunia sekitar 85 diikuti Singapura pada 84.

Jangka hayat di negara termasuk Switzerland, Australia, Norway berlegar sekitar 83. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast