Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kiri) diiiringi Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin (tiga kiri) beramah mesra bersama perwakilan yang hadir ke Konvensyen Assabiqun Pas Pusat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 01 SEPTEMBER 2022.

ALOR SETAR – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan mesyuarat Kabinet masih belum membincangkan soal pembubaran Parlimen setakat ini.

Beliau berkata, keputusan untuk membubarkan Parlimen hanya boleh dimuktamadkan Kabinet dan bukan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Dari sudut perjanjian muafakat kerajaan yang ada hari ini, kita akan dirundingkan.

“Keputusan untuk bubar ini sebelum dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong ialah keputusan Kabinet bukan keputusan Perdana Menteri, Perlembagaan pun sebut sedemikian.

“Keputusan Kabinet yang akan diangkat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, jadi Kabinet tak bincang lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan penutupan Konvensyen As-Sabiqun Pas Pusat 2.0 di Hotel Seri Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Perdana Menteri agar berunding dengan gabungan itu sebelum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast