Keadaan Austin Bellamy yang terpaksa dikomakan selepas diserang ribuan tebuan di rumahnya di Ohio. Foto Fox19 Now

OHIO – Seorang lelaki berusia 20 tahun koma selepas dia disengat 20,000 kali oleh lebah pembunuh Afrika dan tertelan 30 ekor lebah.

Austin Bellamy sedang memotong dahan pokok limau di Ripley, Ohio apabila dia secara tidak sengaja terpotong sarang lebah, menurut halaman GoFundMe yang diwujudkan oleh keluarganya.

Lebah pembunuh Afrika, juga dikenali sebagai lebah madu Afrika, biasanya menyengat apabila terancam.

Hanya satu sengatan boleh menyebabkan rasa sakit dan gatal-gatal, yang biasanya bertambah baik dengan sendirinya.

Seseorang boleh bertahan 10 sengatan lebah setiap paun berat badan mereka, menurut USDA.

Sengatan paling banyak yang boleh ditanggung oleh orang dewasa adalah sekitar 1,000 sahaja.

Kejadian itu disaksikan oleh nenek mangsa, Phyllis Edwards dan bapa saudaranya yang berdiri di bawah pokok tersebut.

Phyllis Edwards memberitahu, dia cuba menaiki tangga untuk membantu cucunya, tetapi dia juga “dikelilingi lebah.”

Bellamy dikejarkan ke hospital selepas seorang anggota bomba bernama Craig membantunya turun dari pokok.

Dia kini berada di Pusat Perubatan Universiti Cincinnati, dan dia kekal dalam keadaan koma setakat 30 Ogos lalu.

Ibu lelaki berusia 20 tahun itu, Shawna Carter, memberitahu WXIX bahawa anaknya kelihatan seperti “selimut hitam di kepala hingga ke lehernya”.

Lebah yang ditelan Bellamy telah dikeluarkan tetapi dia masih tidak sedarkan diri.

Namun doktor percaya dia akhirnya akan pulih sepenuhnya. – Newsweek

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast