Datin Seri Rosmah Mansor yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM270 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini.
Kehadiran beliau adalah bagi mengikuti perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB membabitkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana sabit kesalahan kes SRC International.