MGNews: Wisma Putra Digesa Adakan Sidang Khas Selesai Isu Penipuan Pekerja Ke Luar Negara

Sembilan ahli keluarga bersama-sama Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menuntut agar pihaknya lebih proaktif menjalankan aktiviti menyelamat sembilan warganegara ini yang ditipu sindiket pemerdagangan orang di Laos.

Poay Tiong berkata langkah sama telah dibuat pelbagai pihak termasuk pihak kedutaan di negara-negara terbabit sehingga berjaya menyelamatkan empat warganegara Malaysia yang diseksa sindiket terbabit.