Program Peranti Siswa yang dijayakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan membuat penyerahan pertamanya esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Program Peranti Siswa yang dijayakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan membuat penyerahan pertamanya esok.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, peranti itu akan mula diagihkan kepada mereka yang ayak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“insya-Allah esok PERANTI SISWA mula diedarkan kepada para mahasiswa IPTA/IPTS.

“PM akan melancarkannya jam 2.30 petang di UiTM Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, setiap penerima akan diberikan tablet keluarkan Samsung yang terkini yang turut akan dilengkapi dengan casing, keyboard dan pen.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan golongan B40.

Seramai 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti serta kolej di bawah KPT, termasuk mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti.

Ia disasarkan kepada golongan miskin dan B40 yang pendapatan ibu bapanya tidak melebihi RM4,850 sebulan.

Permohonan bagi program PerantiSiswa dibuka mulai 15 April lalu dengan peruntukan RM450 juta membabitkan tempahan 350,000 unit peranti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast