Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jangkitan harian Covid-19 mencatatkan jumlah sebanyak 2,328 kes dengan sembilan kematian semalam.

Ia termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,325 kes penularan tempatan manakala tiga lagi kes import.

Pertambahan itu menjadikan kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,787,308 kes dengan 36,234 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 31,164 kes aktif Covid-19, termasuk 79 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu 44 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes aktif merekodkan 95.5 peratus atau 29,761 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 19 kes atau 0.1 peratus dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,305 orang atau 4.2 peratus menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,618 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya kekal 7,068 kluster, dengan 25 daripadanya masih aktif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast