Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk cubaan bunuh ke atas Naib Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner di negara itu lewat malam kelmarin. 

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia berdiri teguh menzahirkan solidariti bersama-sama kerajaan dan rakyat Argentina menolak semua bentuk keganasan.

“Kami berharap agar pengganas tersebut akan segera dibawa ke muka pengadilan. Malaysia berdiri teguh solidariti bersama Kerajaan dan rakyat Argentina menolak semua bentuk keganasan,” katanya.

Insiden itu dilaporkan berlaku di luar kediaman Fernandez de Kirchner apabila seorang lelaki cuba melepaskan tembakan ke arah beliau.

Fernandez de Kirchner pernah memegang jawatan Presiden Argentina.

Suspek bagaimanapun telah ditahan pihak berkuasa.

Siasatan awal mendapati penyerang dikenali sebagai Fernando Andres Sabag Montiel berusia 35 tahun bagaimanapun motif serangan masih disiasat. – MalaysiaGazette