Kamarul Zaman (tengah) menunjukkan barang rampasan dadah yang berjaya dipatahkan di Larkin baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri dicekup polis kerana disyaki menjadi dalang dalam aktiviti pengedaran dadah sebelum diedarkan selitar negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pasangan tempatan berusia 36 dan 42 tahun itu telah ditahan dalam dua serbuan Khamis lalu antara dengan nilai rampasan RM214,287.13.

Mereka dikatakan beroperasi sejak Mek lalu dengan menjadikan pangsapuri yang dikawal pengawal keselamatan.

“Dalam operasi ini dibuat dua serbuan dan dalam serbuan tersebut kita telah merampas dadah dan juga hasil serbuan ini polis menagkap seorang lelaki dan seorang wanita warganegara tempatan yang dipercayai sebagai dalang sebagai sindiket pengedaran dadah jenis heroin.

“Heroin ini nilainya kalau satu kilogram RM13,800 lebih kurang begitulah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, kedua-dua suspek berumur antara 36 hingga 40 tahun.

“Serbuan pertama dibuat di sebuah tempat letak kenderaan di pusat membeli belah,” katanya.

Hasil tangkapan itu polis membuat serbuan ke rumah di pangsapuri dekat Larkin yang dijadikan stor untuk menyimpan barang terlarang itu.

Hasil saringan ujian air kencing suspek negatif sebarang jenis dadah, katanya.

Bagaimanapum semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai rekod lampau bekaitan dadah dan suspek wanita mempunya rekod jenayah berkaitan kanak-kanak.

Kamarul Zaman memberitahu dengan tertangkapnya kedua-dua suspek polis berjaya membuat pelbagai rampasan dadah.

Kedua dua mereka direman tujuh hari hingga Khamis ini dan disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast