Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.5 peratus pada minggu ini, kenaikan kadar ketiga berturut-turut, bertujuan untuk membantu mengurangkan inflasi negara dengan pemulihan ekonomi yang kukuh, menurut Moody’s Analytics.

Katanya, Indeks Harga Pengguna keseluruhan Malaysia meningkat sebanyak 4.4 peratus tahun ke tahun pada Julai, peningkatan mata peratusan penuh daripada bulan sebelumnya.

“Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia jauh melebihi jangkaan, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan selepas sempadan dibuka semula sepenuhnya pada April,” katanya dalam kenyataan.

Di peringkat luaran, menaikkan Kadar Dasar Semalaman akan meningkatkan ringgit, yang telah merosot berbanding dolar AS dalam persekitaran kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS, katanya.

Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast