Ifa Raziah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah terus menjadi sasaran netizen gara-gara persembahannya menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dalam program realiti Terpaling Juara terbitan TV3 yang dikatakan teruk dan sumbang, malam tadi.

Malah Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mutapha turut dikritik salah seorang juri, Datuk Hattan bagi rancangan tersebut yang memberitahu nyanyiannya itu kurang meyakinkan berbanding sebelum ini.

Pada sidang media, dia memberitahu nyanyaian dikatakan teruk dan sumbang disebabkan terpijak kainnya sendiri.

Jelas penyanyi yang berusia 47 tahun itu, ketika pengacara mengumumkan dua peserta yang berada dua tangga terbawah dia turut hampir terjatuh disebabkan oleh kain yang terlalu berat.

Ifa juga mendedahkan ketika sesi latihan, dia mendapat pujian yang mana nyanyiannya itu didengari sedap dan tidak mempunyai sebarang masalah lain.

Katanya, kejadian sebegitu tidak disengajakan dan mengakui sukar untuk mengawal situasi tersebut malah ia akan membuatkan keadaan menjadi lebih huru hara.

Dalam pada itu, Ifa mendedahkan dia tidak berasa kecewa dengan apa yang telah berlaku semasa persembahannya ketika rancangan itu sedang berlangsung.

Tambahnya, dia tidak peduli jika disingkirkan kerana berbangga dengan diri sendiri sudah mencuba sesuatu yang baharu pada setiap minggu dalam persembahannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast