Arjunaidi Mohamed

SEMENYIH – “Belum, belum ada petunjuk yang baharu”.

Itu reaksi ringkas Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berhubung siasatan kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman yang tidak ditemui sejak November tahun lepas.

Arjunadi ditanya media mengenai perkembangan terkini siasatan bagi kes itu selepas kehilangan Zalina dilaporkan media sejak Julai lepas.

Media melaporkan kisah kehilangan Zalina bermula pada 18 Julai lalu.

Zalina, 58, dilaporkan hilang ketika anak lelakinya Mikhael Norman, 33, cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Polis menerima laporan daripada Mikhael berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu beliau dikatakan gagal menghubungi ibunya sejak tarikh tersebut.

Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menyiarkan gambar Zalina dan maklumat berkaitan iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast