Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 di negara ini terus menurun kepada 1,483 kes setakat semalam dengan dua daripadanya membabitkan kes import.

Perkembangan itu menyaksikan penurunan empat hari berturut-turut dengan 1,903 kes kelmarin, 2,240 (3 September) dan 2,328 (2 September).

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,792,942 kes.

Dalam pada itu, sebanyak empat kematian dilaporkan termasuk satu kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID) sekali gus menjadikan angka keseluruhan yang terkorban 36,249 dan 7,705 BID.

Sementara itu, sebanyak 2,897 kes pulih dicatatkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah keseluruhan adalah 4,729,147 kes. – MalaysiaGazette