Gambar hiasan

ARMSTERDAM – Bandar Haarlem di Belanda mahu mengharamkan kebanyakan iklan daging di ruang awam kerana kesannya terhadap iklim makanan.

Cadangan yang pertama kali di dunia itu akan dikuatkuasakan mulai tahun 2024.

Bagaimanapun, usul yang digubal oleh GroenLinks – sebuah parti politik hijau – telah menghadapi tentangan daripada sektor daging dan ada yang mengatakan ia menyekat kebebasan bersuara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan ternakan menjana lebih daripada 14% daripada semua gas rumah hijau buatan manusia, termasuk metana.

“Daging sangat berbahaya kepada alam sekitar. Kami tidak boleh memberitahu orang ramai terdapat krisis iklim dan menggalakkan mereka membeli produk yang merupakan sebahagian daripadanya,” kata Ziggy Klazes, Ahli Majlis GroenLinks yang merangka usul itu.

Kerajaan bandar dengan 160,000 penduduk itu berkata, ia belum lagi memutuskan sama ada daging yang dihasilkan secara mampan akan dimasukkan dalam larangan iklan.

Cadangan itu turut disokong Ahli Parlimen dari parti Christian Democratic Challenge.

Dalam pada itu, jurucakap Pertubuhan Pusat Sektor Daging berkata, pihak berkuasa bertindak terlalu jauh dalam memberitahu orang ramai apa yang terbaik untuk mereka.

Parti sayap kanan BVNL menyifatkan cadangan itu sebagai “pelanggaran kebebasan keusahawanan yang tidak boleh diterima” dan berkata ia “akan membawa maut kepada penternak babi”.

“Mengharamkan iklan akibat daripada motif politik adalah hampir diktator,” kata Ahli Majlis Haarlem BVNL Joey Rademaker.

Herman Bröring, seorang profesor undang-undang dari Universiti Groningen pula berkata, larangan itu boleh melanggar kebebasan bersuara dan membawa kepada tindakan undang-undang daripada pemborong.

Kira-kira 95% orang di Belanda makan daging, tetapi lebih daripada separuh tidak memakannya setiap hari, menurut Statistik Belanda.

Amsterdam dan The Hague telah pun mengharamkan iklan untuk industri penerbangan dan bahan api fosil.

Daging lembu menghasilkan paling banyak pelepasan gas rumah hijau, termasuk metana. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast