Villea Port Dikson menawarkan pelbagai jenis bilik untuk keperluan tetamu.

KUALA LUMPUR – Villea Port Dickson yang kini sudah berwajah baharu akan buka semula Oktober ini .

Dahulu dikenali sebagai PNB Ilham Resort. lokasi percutian ini menawarkan pilihan bilik-bilik yang lias.

Villea PD yang terletak di Tanjung Tuan mempunyai 101 bilik tetamu menawarkan Superior, Deluxe, Executive, 3 Bedroom dan 3 Bedroom Pool Terrace dengan keluasan terbesar sehingga 564 meter persegi.

Ia juga menyediakan kemudahan lima bilik mesyuarat, persidangan dan dewan bersaiz 766 meter persegi yang dilengkapi dengan teknologi terkini.

Selain itu restoran, pusat kecergasan, bar di kolam renang, kolam renang dengan gelongsor air dan Kid’s Club.

Lebih menarik, Villea PD terletak di penghujung Bukit Batu Putih yang menempatkan Rumah Api Cape Rachado yang menghadap Selat Melaka.

Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan pula memiliki ciri-ciri istimewa hutan paya laut dan paya darat di lokasi sama. – MalaysiaGazette