Najib Razak Hamid Sultan
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kedudukan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih tidak berubah.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, kedudukan Najib hanya akan dimuktamadkan selepas permohonan pengampunan dan notis usul terbaharu daripada peguam Najib diselesaikan.

Dalam satu kenyataan, Azhar berkata, beliau menerima serahan dokuman tambahan daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 7 September.

Surat peguam Najib itu mengenai permohonan Semakan Jenayah menurut Kaedah 137 Kaedaah Mahkamah Persekutuan 1995 kepada Mahkamah Persekutuan.

Dokumen yang dilampirkan merupakan Notis Usul, Afidafid Sokongan yang diikrarkan oleh Najib dan Perakuan Segera yang kesemuanya bertarikh 6 September 2022.

Azhar turut menerima salinan surat iringan Tetuan Shafee & Co bertarikh 6 September 2022 yang menunjukkan pengakuan pihak Mahkamah Persekutuan menerima pemfailan permohonan Semakan Jenayah pada tarikh yang sama.

Menurut Azhar, beliau telah meneliti usul tersebut dan mendapati bahawa satu prosiding mahkamah berkeaan dengan sabitan dan hukuman terhadap Najib.

Usul berkenaan, katanya, tergolong di dalam prosiding Mahkamah yang lain berkenaan dengan sabitan dah hukuman seperti yang diperuntukkan di dalam Perkara 48 (4)(b) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh keranaa usul ini difaikan di dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022, berdasarkan Perkara 48(4)(b) PP, kuatkuasa kehilangan kelayakan YB DSN hanya akan berlaku setelah usul tersebut dibereskan (sekiranya usul tersebut ditolak).

‘Mengambil kira permohonan pengampunan yang telah dibuat sebelum ini dan juga usul tersebut dia atas difailkan, maka status Najuib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan selepas kedua-dua permohonan pengampunan dan usul tersebut dibereskan,” katanya.-MalaysiaGazette