KANADA – Suspek kes pembunuhan di Kanada yang menyebabkan 10 orang terbunuh dan 19 lcedera telah meninggal dunia selepas ditangkap oleh polis.
Polis berkata, Myles Sanderson, 32, ditahan di sebuah lebuh raya di wilayah Saskatchewan ketika melarikan diri pada petang Rabu lalu
Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan sebuah SUV putih memecut di jalan raya dan dikelilingi oleh kenderaan polis berhampiran bandar Rosthern.
Suspek sebelum itu dikatakan terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai pada Ahad yang merangkumi 13 lokasi berasingan.
Seramai 10 daripada mangsa masih berada di hospital manakala tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal.
Polis masih belum mendapatkan motif sebenar yang mendiorong pembunuhan beramai-ramai pada Ahad lalu.
Kebanyakan mereka yang terbunuh dalam kejadian itu berasal dari James Smith Cree Nation komuniti pribumi.
Penolong Pesuruhjaya Polis Kanada, Rhonda Blackmore pada sidang akhbar berkata, pihaknya telah menerima laporan awal Sanderson mencuri sebuah kenderaan dari sebuah rumah.
Polis kemudian mengejar ketika Sanderson yang melarikan diri sebelum kenderaan terbabit masuk ke dalam parit dan polis menemui pisau dalam kenderaan berkenaan.
Tidak lama selepas penangkapannya, Sanderson mengalami “masalah perubatan” dan dibawa ke sebuah hospital di Saskatoon di mana dia kemjudiannya disahkan meninggal dunia.
Abangnya, Damien Sanderson juga dituduh memainkan peranan dalam serangan pada Ahad lalu dan pada Isnin lalu polis menemui mayatnya. – BBC