Kerajaan Johor mengumumkan cuti peristiwa esok sempena kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) merangkul Piala FA malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Johor mengumumkan cuti peristiwa esok sempena kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul Piala FA malam tadi.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Onn Hafiz berkata, ia sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong skuad Harimau Selatan.

“Terima kasih juga kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi,” katanya dalam media sosialnya malam ini.

JDT berjaya mengalahkan Terengganu FC 3-1 pada perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.