Pegawai Daerah Klang Shahman Jalaludin (kanan) meninjau kawasan berisiko banjir bagi persediaan monsun timur laut dan fenomena air laut pasang besar bagi bulan September hingga Disember ketika di Pengkalan Nelayan Tok Muda Kapar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2022.

KAPAR – Sebanyak 62 lokaliti di Klang dikenal pasti  berisiko banjir ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku selama tujuh hari bermula 11 September ini.

Pegawai Daerah Klang, Shahman Jalaludin berkata, keadaan dikhuatiri bertambah teruk sekiranya hujan berterusan melanda kawasan terbabit pada tarikh tersebut.

Beliau berkata, pihaknya menerusi pelbagai agensi sudah bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutama cuaca tidak menentu ketika ini.

“Ada 62 lokaliti yang kita kenal pasti merupakan kawasan berisiko banjir, cuma banjir ini berlaku bila air pasang laut bertembung dengan air hujan.

“Dalam keadaan hari ini dan semalam, walaupun air pasang, tapi hujan itu Alhamdulillah tidak berlaku, jadi keadaan masih terkawal.

“Cuma kerisauan kita bila berlaku musim hujan pada November dan Disember, bertembung musim hujan, kerisauan kami risiko banjir lebih tinggi,” katanya.

Pegawai Daerah Klang Shahman Jalaludin (dua kanan) meninjau kawasan berisiko banjir bagi persediaan monsun timur laut dan fenomena air laut pasang besar bagi bulan September hingga Disember ketika di Pengkalan Nelayan Tok Muda Kapar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2022.

Terdahulu beliau bersama agensi meninjau keadaan ban Sungai Kapar Besar di Pengkalan Nelayan Tok Muda, Kampung Tok Muda di sini hari ini.

Antara 62 lokaliti itu ialah Taman Sentosa, Taman Sri Muda, Kg. Johan Setia, Jalan Kebun, Kampung. Jalan Benteng, Jalan Hamzah Alang @Pekan Meru, Kampung Jawa, Kampung Bukit Naga, Kawasan Sementa, Taman Klang Utama, Taman Chi Liung dan Kampung Jalan Kenangan.

Turut dikenalpasti berisiko banjir ialah Kawasan Tol Sungai Rasau, Jalan Tunku Kelana, Jalan Pasar Klang, Kampung Haji Shariff Meru, Taman Berkerley, Kawasan Taman Rashna/ Tugu Keris, Jalan Chempaka, Meru,  Bukit Kemuning, Bukit Kapar/ Jalan Sekolah, Jalan Kerayong, Taman Petaling Indah, Kampung Telok Gong, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah, Jalan Kebun Nenas, Taman Melawis @Taman Teluk Pulai dan Kampung Delek

Selain itu, kawasan berisiko banjir ialah Bandar Puteri, Kampung Air Kuning, Sungai Kapar Indah, Kampung Tradisi, Pendamar, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Batu 3 Lama, Jalan Dato Yusuf Sahabudin, Taman Telok Gadong Indah, Taman Selat Damai, Pandamaran, Taman Seri, Taman Daya Meru, Jalan Teratai Meru, Taman Saujana Sejati, Jalan Keledang Meru dan Jalan Kem Pelabuhan Klang.

Turut terlibat Taman Setia, Taman Klang Jaya, Mutiara Bukit Raja, Jalan Bakti Kampung Batu 3, Taman Berkat Meru, Jalan Batai Laut Bukit Raja, Taman Intan, Jalan Kampung India Perepat, Taman Bayu Perdana, Batu 8 Bukit Kemuning, Taman Seah Hong, Taman Intan Kapar, Taman Kapar Indah, Taman Alam Nyata, Taman Meru Utama, Pantai Baru, Jalan Meru, Taman Meru Murni, Jalan Bukit Rimau dan Taman Bunga Raya Seksyen 30.

Dalam pada itu, daripada jumlah itu, sebanyak tiga lokaliti yang dikenal pasti paling berisiko tinggi banjir  termasuk Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Telok Gong, Pelabuhan Klang.

“Lazimnya kita akan pantau kesemua kawasan berisiko banjir, kita tak mahu ada kawasan yang tertinggal. Selagi berisiko banjir, selagi itu mereka menjadi mangsa banjir, itulah keutamaan kita.

“Jumlah itu hanya anggaran, kerana sesetengah kawasan itu, kalau berlaku banjir, tak masuk semua kawasan pun, mungkin satu kampung sahaja.

“Jumlah mangsa di 62 lokaliti berisiko banjir ini kita anggarkan lebih 10,000 penduduk dan jika berlaku, ia adalah satu jumlah yang besar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast