Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – “Alamak! Ini amaran berat!,'” sindir Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau mengulas ramalan Rafizi Ramli yang mendakwa Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan terkubur dalam tempoh enam tahun lagi.

”Saya yakin UMNO dan BN akan berkubur dalam tempoh lima, enam tahun lagi. Itu saya yakin.

”Mustahil parti yang sudah begitu rosak begini boleh bina balik kekuatan dari bawah untuk mendepani cabaran dalam diri. Mustahil. Saya tidak bimbag langsung,” kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam satu program parti itu baru-baru ini.

Bukan sahaja BN dan UMNO, bahkan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga tidak dapat melepasi PRU nanti, kata Rafizi lagi.

Ahmad Shabery bertanya, seandainya semua pasti akan ‘akan habis’, siapa lagi yang tinggal.

Takkan hanya PRR dan DAP sahaja, soalnya. – MalaysiaGazette

Kalau buat PRU masa banjir, kami sumbat kamu dalam penjara – Rafizi