KUALA LUMPUR – Adik kepada pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan yang popular dengan panggilan (DDNK) mempertahankan abangnya yang berkahwin dengan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari dalam majlis penuh mewah baru-baru ini.
Menerusi media sosialnya, Dr Nadirah hairan apabila netizen mengecam abang sulung dan kakak ipar baharunya tanpa mengetahui hal sebenar.
Katanya, ramai yang ‘panas’ melihat perkahwinan abangnya sehingga ada yang sanggup melemparkan fitnah.
Nadirah berpendapat komen-komen yang dibuat di media sosial seolah-olah netizen tinggal serumah dengan abang dan iparnya dengan pelbagai cerita ditokok tambah.
Dia turut meminta netizen yang tidak tahu hal sebenar mendengarnya dari kedua-dua belah pihak kerana bimbang terjadinya fitnah.
Pada masa sama, Nadirah memberikan kata-kata semangat kepada iparnya dengan meminta wanita itu terus bersabar dan yang paling utama keluarga mereka bersatu serta berharap dapat menjaga abangnya dengan baik.
Malam Sabtu lalu, resepsi perkahwinan DDNK dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris telah menjadi sorotan media selepas majlis dilangsungkan dengan tema Beauty and The Beast serta menelan belanja melebihi RM500,000. – MalaysiaGazette