Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Maslan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas keprihatian beliau terhadap kesihatan Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung UMNO itu mendoakan semoga kesihatan bekas Perdana Menteri itu bertambah baik.

Semalam, Ismail Sabri mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan rawatan terbaik dengan segera kepada Najib.

Arahan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengesahkan keadaan Najib agak teruk dan memerlukan rawatan di Hospital Kajang.

Ekoran itu, perbicaraan Najib semalam ditangguhkan.

Sri Ram berkata, tekanan darah Najib sangat tinggi ketika ujian dibuat oleh pembantu perubatan disebabkan perubahan ubat yang diberikan Hospital Kuala Lumpur.

Keadaan itu menyebabkan kesihatan Najib tidak dalam keadaan baik dan perlu dihantar ke hospital. – MalaysiaGazette