Omicron variant Healthcare centre is conducting research on the Covid-19 screening test samples sent to the lab at the Institute of Medical Molecular Biotechnology, Universiti Teknologi MARA (UITM) Hospital in Sungai Buloh, Selangor. PIX: MOHD ADZLAN /MalaysiaGazette / 14 AUGUST 2021 Covid-19 cases
Petugas kesihatan melakukan penyelidikan sampel ujian saringan Covid-19 yang dihantar ke makmal ketika di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul, Hospital Universiti Teknologi MARA (UITM), Sungai Buloh. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2021.-

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,942 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menurut statistik COVIDNOW.

Pertambahan itu menjadikan kes koronavirus di negara ini terus meningkat kepada 4,770,765.

Kes kematian pula bertambah enam lagi kepada 36,291.

Sehingga tempoh itu, negara ini merekodkan 25,693 kes aktif termasuk 1,189 kes dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 62 kes ditempatkan di unit rawatan rapi.

Manakala 24,431 dikuarantin di rumah.

Kes sembuh yang dicatatkan dalam tempoh sama ialah 2,276. – MalaysiaGazette