Pihak bomba berusha mengeluarkan magsa yang terlibat dalam kemalangan.

MUAR – Dua lelaki termasuk seorang anggota polis maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan dekat Pagoh di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Senawi Jelani, 55, dan pemandu lori, K Gunalan, 45, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala dua lagi mangsa, Annadurai Aravinth 20 tahun, seorang warga India dan Zamti Hashim hanya cedera.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Abd Rahman berkata, nahas itu melibatkan dua buah lori kontena dan masing-masing sebuah lori treler dan kereta jenis Proton Wira. 

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 4.48 pagi bergegas ke tempat kejadian.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira, sebuah lori kontena jenis Hino membawa muatan air kotak, dua treler masing-masing sepanjang 12 meter membawa muatan besi dan kayu palet,” katanya.

Setiba di lokasi, anggota bomba bertindak mengeluarkan dua orang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan lori kontena dan kereta dan menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi menyelamat mangsa tersebut selesai pada jam 8.30 pagi.-MalaysiaGazette