Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan pada November, Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan sama ada Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor akan mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.

Katanya kepada Nanyang Siang Pau, PH sebelum ini membuat keputusan bahawa tiga negeri itu akan mengadakan pilihan raya selari dengan pilihan raya umum jika ia diadakan tahun depan.

“Tiada kira Mac atau Mei, kami akan ikut selagi pilihan raya diadakan pada tahun depan,” katanya.

Jelasnya, keadaan itu juga bermakna tiga negeri tersebut tidak akan mengikut sekiranya berlaku pilihan raya umum kilat yang terlalu awal daripada mandat lima tahun yang diberikan rakyat.

“Persoalannya sekarang adalah tidak berlaku perbezaan masa yang besar jika pilihan raya diadakan pada November.

“Oleh itu, kami perlu membuat keputusan untuk ikut atau tidak jika pilihan raya umum diadakan pada November tahun ini,” katanya.

Anthony berkata, pilihan raya negeri yang serentak dengan pilihan raya umum mempunyai kebaikan sendiri, termasuk dijangka dapat meningkatkan kadar keluar mengundi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bagus. Aku setuju cara dap ph asingkan pru dengan umno . Masa banjir rakyat terdesak untok hidup bukan untok memilih wakil rakyat rasuah untok lepaskan diri dari hukuman . Kalau umno menang ramai hakim ke.a buang . Adakah rakyat tidak sedar . Orang2 yang sedang dibicara akan di tamatkan kes . Gst akan diaktifkan semula . Hakim sekarang boleh bersedia cari kerja lain . Rakyat pun boleh bersedia jadi lembu susu . Makan rumput keluar susu .

Comments are closed.