Bufet minum petang di hotel IDEAS Kuala Lumpur hanya RM25 seorang.

KUALA LUMPUR – Walaupun negara sudah berada di fasa peralihan pandemik Covid-19, rakyat ketika ini masih lagi terpaksa berfikir dua kali untuk makan di luar apatah lagi di hotel.

Pasti ramai membayangkan harga makanan yang kini melambung tinggi berikutan kenaikan semasa harga barangan basah.

Namun bagi mereka yang gemar makan jangan risau kerana masih ada tawaran bufet minum petang yang cukup murah.

Hanya dengan bayaran RM25 sahaja anda boleh menikmati bufet sepuas hati yang menyediakan lebih 30 jenis di hotel IDEAS Kuala Lumpur sepanjang September ini.

Bufet ini bermula pukul 3.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Buat masa ini, Cafe 12 di hotel ini hanya mampu menampung 150 orang pelanggan pada suatu masa setiap hari.

Dimsum antara menu bufet minum petang di hotel IDEAS Kuala Lumpur.

Justeru, orang ramai ramai digalakkan pelanggan membuat tempahan awal kerana bimbang jika mereka datang secara walk-in nanti dan tiada tempat duduk pula.

Antara menu istimewa yang dihidangkan adalah mi kari, pasta, cucur goreng, pisang goreng, kentang goreng dan popia goreng garing.

Menu lain antaranya dimsum stim, Penang Char Kuay Teow, ayam goreng, sosejk koktail, karipap goreng, ubi kayu rebus sambal bawang. yong tau foo, serta pelbagai jenis salad kuih-muih, pencuci mulut dan minuman seperti ais batu campur.

Sementara itu, Hotel IDEAS Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai Quality Hotel City Centre di mana terletak di hadapan bangunan MARA dan di belakang Kompleks Pertama. Jarak antara Stesen LRT Bandaraya ke hotel ini hanya kira-kira 400 meter.

Sekitar tahun 90an, Quality Hotel City Centre cukup terkenal dengan makanan bufetnya yang sedap selain lokasi artis-artis popular mengadakan acara. – MalaysiaGazette

Mi kari menjadi menu istimiewa minum petang di hotel IDEAS Kuala Lumpur.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast