Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pekerja kedai aksesori kereta yang disyaki mencuri dua utas rantai emas bernilai kira-kira RM1,500 di Taman Sri Muda, Shah Alam berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata. tangkapan dibuat susulan laporan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai jurujual di kedai emas di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan laporan, kejadian curi itu berlaku pada jam 12.30 tengah hari semalam.

“Pengadu seorang perempuan Cina telah menghubungi Bilik Gerakan IPD Shah Alam memaklumkan mengenai saspek iaitu seorang lelaki cina telah berjaya ditangkap setelah mencuri rantai emas di Kedai Emas Yee Lam,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menambah, suspek yang berusia 34 tahun berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai dan kini direman tiga hari sehingga 16 September.

Menurut Mohd Iqbal, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, viral di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki ditangkap orang awam di hadapan Pasaraya Mydin, Taman Sri Muda, Shah Alam. – MalaysiaGazette