Najib hospital
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Peguam utama mewakili pasukan pembelaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan anak guamnya, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Menurutnya, keadaan Najib seperti bom jangka kerana tahap hemoglobin bekas perdana menteri itu sudah turun ke tahap sangat rendah malah dikhuatiri seandainya berlaku sebarang pendarahan ia boleh menyebabkan serangan angin ahmar.

Ini kerana Najib sedang berdepan dengan masalah ulser yang begitu kritikal, katanya.

“Pada masa ini hospital sedang melaksanakan beberapa pemeriksaan bagi  menentukan sama ada masalah tekanan darah yang dihadapi Najib mempunyai kaitan dengan masalah ulser itu yang mula dihadapinya setelah sekian lama,” katanya ketika prosiding 1MDB di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Kata Muhammad Shafee, Najib tidak pernah berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi sehinggalah ubat generik diberikan oleh hospital kepadanya.

“Yang Arif, Najib tidak diberikan ubat sama tapi ada dua jenis, satu generik satu lagi original. Ubat generik ini tidak sama dan berkesan buatnya.

“Sekarang hospital telah mula diberikan ubat original, tekanan darahnya mula turun tapi belum lagi memuaskan,” tegasnya.

Dalam pada itu, ketika bertemu dengan pemberita,  Muhammad Shafee berkata, Najib didapatinya tidak ceria seperti kebiasaannya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan sedang berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Prosiding akan bersambung pada 26 September ini. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Najib masih dirawat di HKL, mahkamah tangguh bicara 1MDB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ni kalau apa2 berlaku kat DSN…celaka lah menteri kesihatan yg begitu bangga bagi ubat generik…masa DS Anwar jd banduan, kerajaan BN siap bagi kebenaran dapatkan rawatan di London lagi…zalim sungguh!

Comments are closed.