Kerosakan alam yang berlaku di Universiti Fudan, shanghai akibat Taufan Muifa. Foto: Twitter

SHANGHAI – Angin kencang dan hujan lebat melanda pantai timur China selepas Taufan Muifa memaksa kira-kira 1.6 juta orang meninggalkan kediaman masing-masing untuk berada di tempat lebih selamat.

Bencana alam itu turut menyebabkan operasi di Lapangan Terbang Shanghai ditangguhkan.

Muifa ialah taufan tropika terkuat yang melanda Shanghai yang mempunyai 25 juta penduduk.

Setakat ini tiada laporan sebarang kematian atau kemalangan jiwa.

Taufan Muifa yang menyebabkan ribut tropika yang kuat membawa hujan lebat dan banjir kilat merentasi beberapa wilayah ketika ia bergerak ke utara merentasi wilayah pantai yang berpenduduk.

Sekurang-kurangnya 426,000 orang telah dipindahkan di Shanghai dan 1.2 juta orang lagi telah dibawa ke tempat perlindungan sementara di wilayah Zhejiang yang berdekatan, menurut media tempatan.

Hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa kawasan di delta sungai Yangtze, hab pembuatan global yang utama.

Muifa membawa angin berkelajuan sehingga 125 kilometer sejam, pada jam 12.30 pagi Khamis di daerah Fengxian Shanghai menyebabkan pembatalan semua penerbangan ke hab kewangan terbesar China.

Sebelum itu, taufan tersebut melanda bandar Zhoushan di Zhejiang pada hari Rabu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast