Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal mengalami hujan atau ribut petir pada sebelah pagi dan petang esok.

Bagaimanapun, keadaan cuaca kembali normal pada sebelah malamnya, menurut info grafik Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Kedah pula diramalkan cerah sepanjang hari.

Namun, Sabah diramal mengalami hujan atau ribut petir dari pagi sehingga malam.

Sementara itu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak diramal cerah pada sebelah pagim dan dilanda hujan atau ribut petir pada petang sehingga malam.

Pulau Pinang dan Labuan pula hujan atau ribut petir pada sebelah pagi sahaja.

“Rancang cuti anda dan berhati-hati di jalan raya,” demikian nasihat agensi itu di laman Facebook rasminya.

Orang awam turut dinasihatkan supaya merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast