Sesi tausiah disampaikan oleh pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid (kiri) sempena Pahang Berselawat, malam tadi

KUANTAN – Lebih 5,000 orang menyertai Program Pahang Berselawat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah yang julung-julung pertama kali dianjurkan pada peringkat negeri di sini malam tadi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program diadakan sempena menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia peringkat negeri.

Wan Rosdy Wan Ismail

Bertemakan warna putih, para peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia memenuhi perkarangan dalam dan luar dewan menghayati majlis ilmu itu.

“Kita banyak dididik pada program malam ini, dididik dengan jiwa dan sejarah yang perlu hayati kerana sejarah tidak pernah berbohong,” katanya ketika ditemui media selepas program tersebut.

Lebih 5,000 pengunjung mengimarahkan Pahang Berselawat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Kuantan, malam tadi

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah sebelum majlis selawat berlangsung selama empat jam dihadiri oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, Exco Pendidikan Dan Agama Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad serta barisan pimpinan kerajaan negeri.

Semua jemaah duduk bersila dan bertemu lutut dan kusyuk menghati alunan selawat

Majlis selawat dan qasidah turut dihiasi sistem pencahayaan dan bunyi oleh Yayasan Al-Jenderami manakala sesi tausiah disampaikan oleh pendakwah bebas, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Aksi pengunjung mencuri perhatian pada Pahang Berselawat sempena menyemarakkan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang

Melihat sambutan baik, Wan Rosdy tidak menolak untuk membuat penganjuran seterusnya dan memberi sokongan kepada program berkenaan.

“Sambutan sangat menggalakkan, boleh anjur lagi, kalau nak buat dua malam pun boleh.

Antara pelajar pondok tahfiz yang menghadiri majlis selawat teruja dengan paparan sejarah tokoh Islam yang disampaikan

“Kita mencadangkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkannya,” katanya.

Para mengunjung menghayati lirik nyanyian lagu Bahtera Merdeka sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Pahang semasa sesi penutup program

Program juga diserikan tayangan sejarah pahlawan Melayu serta diakhiri dengan nyanyian lagu Bahtera Merdeka dan penyerahan sumbangan kerajaan negeri kepada pondok serta pusat pengajian tahfiz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast