KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama kini mula sesak berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena cuti panjang sempena  Hari Malaysia.

Berdasarkan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi Facebook setakat 11.04 pagi tadi melaporkan trafik perlahan di Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah.

Dalam masa yang sama, trafik turut bergerak perlahan ke arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya pada awal pagi tadi.

Selain itu, keadaan yang sama dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar, Lembah Beringin ke Tanjung Malim dan Hentian Behrang ke Sungkai.

Kereta juga bertambah dari Tapah ke Gopeng, Terowong Menora ke Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak dan Kuala Kangsar ke Hentian Bukit Gantang.

Bagi arah selatan, trafik perlahan di Bandar Bahru ke Plaza Tol Alor Pongsu dan Perai ke Juru Auto City.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast