Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak maut selepas dadanya terkena serpihan kaca selepas terjatuh di atas meja kaca di rumahnya.

Kejadian itu berlaku lebih kurang 4 petang semalam di rumahnya di Kampung Bukit Changgang Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Suptendan Ahmad Ridwan Bin Mohd Nor @ Saleh berkata, semasa kejadian mangsa dikatakan sedang bermain seorang diri manakala ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah.

”Ibu bapa mangsa menyatakan mangsa melompat di atas sofa rumahnya dan jatuh diatas meja kaca di hadapan sofa.

”Kejadian tersebut mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca dan telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting,” katanya di sini.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – MalaysiaGazette