Sekitar perjumpaan wakil Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama kakitangan MG di Pejabat Malaysia Gazette Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 SEPTEMBER 2022

KUALA LUMPUR – Beberapa wakil dari Universiti Utara Malaysia (UUM) mengunjungi pejabat Malaysia Gazette di sini, Rabu lalu.

Rombongan itu disertai Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM, Prof. Madya Dr. Norsiah Abdul Hamid; Pengarah UUM Corporate Communication, Ts. Syamsul Anuar Ismail dan timbalannya, Dr. Azahar Kasim serta Ketua Bilik Berita Digital UUM, Suhailawati Mohd. Shamsudin.

Mereka tiba kira-kira pukul 2.00 petang dan diberi taklimat mengenai pengoperasian berita oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Gazette, Noraini Abd. Razak.

UUM
Wakil-wakil UUM merakamkan kenangan di Studio MalaysiaGazette. Foto MOHD ADZLAN, 14 SEPTEMBER 2022

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini dalam dunia media massa tempatan. – MalaysiaGazette