Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Pelancaran Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titwangsa Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi.

Beliau meminta diberi sedikit lagi masa untuk berjumpa dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen.

“Percayalah sikit sahaja lagi (untuk PRU15). Tidak lama lagi (bubar Parlimen),” katanya dalam ucapan Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Kenyataan Ismail Sabri itu disambut dengan laungan ‘bubar’ di hadapan lebih 10,000 orang Pemuda BN.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan, Presdien MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri Sri S Vigneswaran.

Hadir sama dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri melahirkan keyakinan tinggi BN akan memenangi PRU15 kelak.

“Kalau saya dah Presiden setuju bubar Parlimen, insya Allah kita akan menang besar… jadi serahkan kepada saya dan Presiden untuk tentukan… bila tarikhnya saya akan tentukan. dengan Presiden… namun percayalah sikit sahaja lagi.

“Insya Allah dlm waktu terdekat akan berjumpa berbincang yang penting apabila Parlimen dibubarkan, apabila PRU15 diadakan mesti menang.

“Itu paling penting… kalau PRU diadakan tak mampu kuasai kerusi bentuk kerjaan akan kembali seperti sebelum PRU14,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan, kemenangan BN adalah penting untuk PRU15 ini, jika tidak komponen parti ini akan mengulangi situasi PRU14 yang tewas kepada  pembangkang.

Justeru itu, jentera parti termasuk Pemuda BN perlu terus mendekati pengundi muda dan memenangi perang media sosial ke atas pembangkang.

“Kelemahan PRU14, kita tidak mampu menjawab tohmahan pembangkang, hari ini mereka memfitnah kita dan kerajaan, jika gagal lagi, kita terima padah dan kesannya besar. Jadi Pemuda mesti menguasai peperangan maya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast