Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Pelancaran Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titwangsa Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pemuda Barisan Nasional (BN)  sudah bersedia untuo menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen esok.

“Kalau Presiden dan Perdana Menteri umum bubar Parlimen esok pun, Pemuda BN sudah bersedia,” katanya dalam ucapan pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Asyraf berkata semangat dan kesiapsiagaan Pemuda BN kini berada pada tahap maksimum selepas melalui proses ‘bangkit kembali’.

“Melalui Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Konvensyen BN, kita kata PRU tahun ini tetapi tarikhnya kita beri kepercayaan buat ‘Top Five’ UMNO untuk tetapkan.

“Tetapi kalau Datuk Seri (Perdana Menteri) nak isytiharkan bubar esok pun kami sedia, ini bukan main-main.

“Saya bersama Timbalan Presiden UMNO di 191 Bahagian, kami melihat sendiri kesiapsiagaan Pemuda di semua bahagian dalam menghadapi PRU15,” katanya yang berucap di hadapan barisan kepimpinan BN dan lebih 10,000 Pemuda BN. – MalaysiaGazette