KUALA LUMPUR – Selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang menarik balik darjah kebesaran kepada Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), pula memulangkan empat anugerah yang pernah diberikan kepadanya.

Datuk Huan Cheng Guan berkata, dia mendapat empat anugerah dari Kerajaan Pulau Pinang sejak mula aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan sejak tahun 1989.

Beliau pernah dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat, Pingat Jasa Kebaktian, Pingat Kelakuan Terpuji dan Darjah Johan Negeri.

“Nanti minggu depan saya pun akan serah balik semua anugerah itu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Yang kekal pada saya ialah PPA (Pingat Perkhidmatan AM, Perkhidmatan Dalam Tentera dan PJM (Pingat Jasa Malaysia) berkhidmat dalam angkatan Tentera semasa darurat,” katanya sambil menambah pingat-pingat yang diterima ini ada nilai dan bukan boleh dibeli.

Beliau yang mengulas tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menarik darjah kebesaran yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Jelasnya, tidak mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menarik balik gelaran Datuk yang pernah dianugerahkan kepada Najib.

Ini kerana, dakwanya, anugerah itu bukan ada nilai sangat kerana dalam setahun Kerajaan DAP negeri ini menganugerahkan beratus-ratus gelaran itu.

“Negeri yang kecil sahaja pun beratus Dato/Dato Seri.

“Jika dibanding Johor dan Sarawak negeri yang besar pun anugerah tidak lebih dari 10 Dato setahun,” tambahnya yang menyifatkan penganugerahan dari Negeri Johor adalah rare dan disanjung tinggi. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.