KUALA LUMPUR – Pandangan jika UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) bergabung di 27 buah kerusi bagi mengelakkan pertembungan untuk meraih 90 peratus undi Melayu hanya teori bagi Rafizi Ramli.
Jelas Timbalan Presiden PKR itu, menurut data kajian parti itu bagi tempoh Julai hingga Ogos lalu, sebanyak empat peratus pengundi kini mulai beralih kepada Pakatan Harapan (PH).
“Kerusi ini kebanyakannya mempunyai 60 hingga 70 peratus pengundi Melayu dan kerusi PKR.
“Jadi pandangan tentang kalau UMNO-BN dan PN gabung dan elak pertembungan kerusi boleh raih 90 peratus undi Melayu mereka boleh menang walaupun tidak dapat banyak undi bukan Melayu itu hanya hipotesis di atas kertas,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan aplikasi CISTA PKR di Pusat Belia Antarabangsa.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR itu, kemenangan di sesebuah kerusi bergantung kepada cara parti memenangi pengundi bukan sekadar susunan strategi semata-mata.
“Terpulang kepada Pas dan UMNO untuk laksanakan strategi bagi elakkan pertembungan di 27 kerusi itu tapi berdasarkan pengalaman PKR, kalau mahu menang pilihan raya perlu menangi hati dan fikiran pengundi bukan tentang percaturan (chess game).
“Kalau PH dan PKR boleh raih undi Melayu di 27 kerusi ini dapat 30 peratus undi Melayu dalam dua hingga tiga bulan ini, kalau hanya dua penjuru di antara PH UMNO akan terkejut sama seperti Datuk Seri Najib pernah terkejut pada 2018 sebab mereka pernah yakin dalam 2/3 majoriti .
“Mereka lebih menumpulan susunan strategi ia tidak akan berhasil begitu sahaja. Ia tentang mendekati pengundi secara individu dengan kombinasi yang bagus insya-Allah kita akan dapat menang bagaimana sekalipun susunan strategi parti lawan,” jelasnya.
Baru-baru ini, Pas berharap masih ada ruang berunding dengan UMNO melalui MN agar tiada pertembungan di 27 kerusi ‘kritikal’ Parlimen, antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), yang akan memberi kelebihan kepada PH.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan antara dua pihak iaitu Pas sebagai parti komponen PN dan UMNO, yang menjadi tunjang BN perlu diadakan untuk mengelak pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), terutama di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. – MalaysiaGazette
RAFIZI P akar K encing R akyat kecundang PRU14….INGIN menagih semula TEORI MUNAFIKNYA