Onn Hafiz Ghazi

BATU PAHAT, – Semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, dekat sini, hari ini, menerima sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penyampaian bantuan keperluan asas sebanyak 60 kotak tersebut telah disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dan para sukarelawan Southern Volunteers (SV).

Selain itu, mangsa banjir juga menerima bantuan sebanyak RM1,000 untuk setiap keluarga daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di PPS SMK Sri Gading menurun kepada 164 orang setakat 8 malam ini berbanding 194 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dalam satu kenyataan, memaklumkan lokasi terjejas di daerah itu melibatkan Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast