Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,639 kes Covid-19 direkodkan semalam termasuk sembilan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kes terkumpul di negara ini sebanyak 4,780,726.

Manakala empat kes kematian dicatatkan dalam tempoh sama, menjadikan kes kumulatif berjumlah 36,312.

Data COVIDNOW juga menunjukkan kes aktif setakat semalam sebanyak 25,611.

Daripada jumlah itu 95.3 peratus atasu 24,404 dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,143 pula dirawat di hospital dengan 60 kes di unit rawatan rapi termasuk 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 2,056 – MalaysiaGazette