Botol baharu wangian badan Bliese EDP yang dilancarkan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Bliese (M) Sdn Bhd (Bliese) menyasarkan jualan sebanyak empat juta botol wangian badan Bliese EDP pada akhir tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese (M) Sdn Bhd (Bliese), Suhaimi Saiful berkata, unjuran tersebut berdasarkan jualan 20,000 botol Bliese EDP dalam masa 45 minit selepas pelancaran baru-baru ini.

”Terbukti wangian badan Bliese yang mempunyai 10 bauan lelaki dan 10 bauan wanita ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan,” katanya semasa majlis pelancaran tersebut.

Menurut beliau, pelancaran ini hasil inovasi baharu setelah tiga tahun kemunculan wangian badan tersebut.

Antara inovasi terbaru yang dilakukan adalah menambahkan isipadu wangian badan tersebut dari 30ml kepada 35ml, juga botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain.

Bliese juga menawarkan pilihan kelas bauan bagi pengguna mereka, mengikut personaliti yang tersendiri seperti ‘Classic’, ‘Bold’, ‘Blooming’ & ‘Intense’.

Menurutnya, wajah baharu EDP ini menampakkan lebih eksklusif dan elegan, sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.

Mengulas mengenai produk Bliese EDP terbaharu ini, Suhaimi berkata, pelancarannya bagi memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan serta meluaskan pengaruh dan mengukuhkan penjenamaannya dalam kalangan pengguna tempatan.

Selain daripada pelancaran itu, kehadiran 60 orang Leader Bliese yang terdiri daripada dua peringkat tertinggi iaitu ‘Pioneer dan Master Stockist’ menyertai program tersebut selama dua hari, turut memeriahkan lagi majlis sambutan ulang tahun Bliese yang ketiga dengan slogan #MelangkahLebihBerani bagi meningkatkan lagi semangat Usahawan Bliese.

Suhaimi menambah, kini fokus utama syarikat untuk melahirkan lebih ramai usahawan
berjaya yang berkualiti menjelang tahun 2023.

Sehingga hari ini, Bliese telah mempunyai lebih dari 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette