Bung Moktar pada majlis perasmian Bekelompok cawangan-cawangan UMNO Zon Bukit Garam di dewan SMK Bukit Garam Kinabatangan, Sabah kelmarin.

KUALA LUMPUR – Ketiadaan parti yang dominan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengakibatkan ketidakstabilan politik negara yang berlanjutan sehingga sekarang.

Sehubungan itu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan rakyat negeri berkenaan tidak mengulangi kesilapan berkenaan.

Jelas beliau, situasi berkenaan mengakibatkan kerajaan yang memerintah terumbang-ambing sekaligus merancatkan pembangunan dan ekonomi negara.

“Justeru untuk menang kita mesti berkerja cara menang bukanya melaksanakan tugas yang diamanahkan secara sambil lewa ,dekatilah ahli dan rakyat untuk menarik sokongan padu mereka kepada Umno dan Barisan Nasional semasa PRU Ke-15 yang kini diambang pintu untuk diadakan” katanya.

Beliau berkata demikian berucap di majlis perasmian Bekelompok cawangan-cawangan UMNO Zon Bukit Garam di dewan SMK Bukit Garam Kinabatangan, Sabah kelmarin.

Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertekad untuk memastikan kerajaan yang dibentuk selepas PRU-15 nanti stabil demi kemakmuran dan kepentingan rakyatnya.

Sementara itu, tahap kesediaan BN menghadapi PRU-15 semakin baik dalam masa yang sama ahli parti itu dilihat sentiasa bersemangat menggerakkan jentera akar umbi.

“Kita bukan sahaja perlukan semangat, kita juga perlu strategi dan tindakan. Justeru cawangan, wanita pemuda dan puteri perlu mainkan peranan masing-masing temui pegundi anjurkan seberapa banyak program agar ahli lebih mesra dan dekat dengan parti” tambahnya. – MalaysiaGazette