Nooraini Kamaruddin (kanan).

KUALA LUMPUR – Bidadari Syurga Trading (Bidadari Syurga) yakin dapat menjual 500 helai jubah sebulan sepanjang tahun ini dengan sasaran  kumpulan adalah pelanggan wanita bersaiz besar.

Pengasas syarikat, Datuk Nooraini Kamaruddin berkata, keyakinan itu berdasarkan kemampuan memenuhi keperluan daripada kumpulan pelanggan golongan itu dengan harga yang dijual pada harga mampu milik.

Beliau berkata, pihaknya juga menggunakan kain berkualiti tinggi iaitu fabrik creepe yang sangat bersesuaian digunakan untuk pakaian harian kerana ia lembut dan sejuk serta tidak perlu digosok.

Menurut beliau, jubah yang dijual pada harga serendah RM80 itu turut mesra muslimah dan juga mesra solat.

“Kami mengunjurkan jualan untuk jubah yang dilancarkan boleh mencecah kepda 500 pasang sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran jubah dan khimar Bidadari Syurga diinspirasikan oleh Noura Kay Fashion.

Noura Kay Fashion adalah salah satu cabang kumpulan perniagaan di bawah Bidadari Syurga selain disokong oleh beberapa segmen perniagaan berkaitan kosmetik, produk wangian dan juga produk penjagaan kecantikan.

Nooraini menjelaskan, fesyen jubah yang dihasilkan daripada ideanya sendiri telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pengedarnya di seluruh negara.

“Koleksi terbaharu ini memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita memlilih pelbagai jubah yang ditawarkan dalam saiz besar kerana agak sukar bagi kumpulan tersebut untuk berfesyen,” katanya.

Pada masa sama, Nooraini juga menyasarkan 500 helai khimar dapat dijual sebulan juga memandangkan pihaknya memperkenalkan koleksi yang mudah dipakai.

Katanya, khimar keluaranya menawarkan empat warna menarik serta kualiti kain yang dibuat daripada fabrik heavy chiffon yang tidak panas serta tidak jarang,” ujarnya. – MalaysiaGazette