Apartmen Brooklyn yang mana penemuan anggota badan dalam beberapa beg pakaian ditemui di salah satu unit milik wanita tingkat enam apartmen pada Rabu lapor New York Times.Foto Kredit: New York City Journal

NEW YORK – Penemuan beberapa beg pakaian yang mengandungi bahagian anggota badan mencetuskan panik penduduk di sebuah apartmen di Brooklyn, lapor New York Post semalam.

Identiti mangsa dikenalpasti seorang wanita berusia 20-an yang dikatakan menyewa di salah sebuah unit di tingkat enam apartmen itu selepas dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.

Polis menemuinya selepas menggunakan waran mengeledah dan memeriksa rumah itu pukul 1.30 tengahari bertindak atas aduan penduduk mengenai bau busuk kuat yang datang beg yang ditinggalkan di salah sebuah unit rumah di tingkat enam dalam apartmen di 315 Linwood St. di New York Timur itu.

Seorang suspek disyaki mempunyai kaitan dengan mayat tersebut telah dikenalpasti polis dan akan disoal siasat oleh polis New York, kata laporan itu yang memetik sumbernya.

Polis NYPD ketika menggeledah sebelum menemui anggota badan wanita dalam beberapa beg pakaian di dalam sebuah unit di tingkat enam, Apartmen Brooklyn di New York pada malam Rabu.Foto Credit: Peter [email protected] Mail News

Penduduk yang tinggal di apartmen itu memberitahu New York Post, wanita itu tinggal di salah sebuah unit apartmen itu dan mempunyai seorang teman lelaki yang sering bergaduh.

Turut dilaporkan ketika jiran telah mengetuk pintu rumah mangsa selepas terhidu bau busuk itu, seorang lelaki dilihat berlari keluar dari rumah tersebut.

Pemeriksaan pasukan perubatan forensik New York sedang dijalankan dan siasatan lanjut akan dilaksanakan. – Agensi