Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk memulakan prosiding bagi mencabar kebolehpercayaan saksi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan memberikan keterangan bercanggah.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya berhasrat memulakan prosiding itu terhadap Pengarah Syarikat Pembinaan Teknik Sempurna Sdn Bhd, Jefri Jamil mengikut Sekyen 155 Akta Keterangan 1950.