Khairy (tengah) merasmikan Persidangan Kejururawatan Bersama Malaysia-Singapura 2022 di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Beberapa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dimuktamadkan selepas Jawatankuasa Pilihan Khas RUU bermesyuarat minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa berkenaan sudah bermesyuarat tiga kali bagi memurnikan pindaan yang dibuat.

“Pindaan yang dibuat supaya diperluaskan kuasa penguat kuasa dan juga diperjelaskan tentang hukuman dan denda dan sebagainya.

“Saya dapati bahawa pindaan semua itu adalah sangat munasabah dan memperkuatkan lagu penerimaan  ahli Parlimen kepada RUU itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kejururawatan Bersama Malaysia-Singapura 2022 di sini hari ini.

Jawatankuasa Pilihan Khas RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dianggotai 12 ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang telah mengadakan mesyuarat bagi memperincikan beberapa pindaan.

Pada 27 Julai lalu, Khairy membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia antara lain mengetengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok oleh mana-mana individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya serta bagi perkara berkaitan.

Dalam pada itu, Khairy juga mengumumkan kenaikan pangkat ke Gred U42 kepada 110 jururawat yang memiliki ijazah sarjana muda kejururawatan yang diiktiraf kerajaan.

Tawaran kenaikan pangkat berkenaan melibatkan 50 jururawat di Gred 32 dan 60 jururawat Gred 36 yang akan dilaksanakan 17 Oktober depan.

Turut dinaikan pangkat, 1, 406 jururawat masyarakat Gred U19 yang lulus kursus Diploma Kejururawatan PSL ke jawatan tetap Jururawat Gred U29.

“Urusan pelantikan secara tetap turut dibuat kepada jururawat kontrak yang masih berkhidmat dalam membantu Kemeneterian Kesihatan (KKM) sepanjang menghadapi pandemik Covid-19 sehingga kini.    

“Jadi dalam tempoh suku ke empat tahun ini dan suku pertama 2023 akan memperakukan pelantikan tetap seramai 1,136 jururawat gred U29 kontrak keluaran Institut Latihan KKM.

“Begitu juga dengan 2,804 jururawat swasta yang dilantik secara kontrak dan masih berkhirmay di KKM bagi menyokong perkhidmatan kesihatan khususnya dalam tempoh pandemik Covid-19 KKM akan memperakakukan pe lantik tetap ini secara berfasa kepada suruhanjaya perkhidmatan awam,” katanya.

Dalam tempoh tahun depan sehingga 2025, sebanyak 226 jawatan jururawat Gred U41/U42/U44 diwujudkan dan 7 ribu 434 jawatan jururawat Gred U29, U32, U36 bagi tempoh sama.

Manakala bagi jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 akan difleksikan kepada ke jawatan U19/U29 dengan 2 ribu 775 kekosongan ditawarkan kepada graduan jururawat institute latihan KKM mahupun swasta..- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Seramai 1,136 jururawat status kontrak dilantik jawatan tetap