khairuddin
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengucapkan tahniah kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sabar dan tabah menghadapi ujian besar.

Menurut beliau, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya dan itu adalah prinsip Islam serta prinsip keadilan sejagat yang patut didukung oleh semua khususnya ahli politik Islam.

“Doa orang yang dizalimi pada maruahnya pasti mustajab. Maruah yang tercemar boleh dituntut di Hari Akhirat,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Hari ini, Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dilepaskan dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid dalam kes berprofil tinggi ini. – MalaysiaGazette