Kementerian Pendidikan (KPM) sudah sedia menghadapi bencana banjir dengan menguruskannya dengan lebih berkesan bersandarkan kepada pengalaman lalu pada November ini.
Menterinya, Datuk Radzi Jidin berkata, selain itu pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang tidak pernah dinaiki air semasa musim tengkujuh sebelum ini.