covid-19
Gambar hiasan

GENEVA – Switzerland perlu memusnahkan 10.3 juta dos vaksin Covid-19 Moderna kerana sudah tamat tarikh luput.

Kementerian Kesihatannya berkata, pihaknya tiada pilihan lain memandangkan tarikh luput dos vaksin tersebut pada Rabu lalu.

Agensi berita Keystone-ATS melaporkan, sebanyak 2.5 juta daripada dos itu disimpan di pangkalan logistik tentera Switzerland dan 7.8 juta berada di depoh simpanan luar di Belgium.

Vaksin yang akan dimusnahkan itu dianggarkan bernilai kira-kira 280 juta franc Swiss (AS$285 juta).

Pegawai perubatan kementerian itu berkata, vaksin berkenaan mencipta antibodi terhadap varian BA.4 dan BA.5.

Pada bulan Jun lalu, laman berita Swissinfo menganggarkan Switzerland mempunyai lebihan kira-kira 38 juta dos pelbagai vaksin Covid-19, yang akan tamat tempoh sebelum akhir tahun. – Agensi