Syeikh Yusof Al Qardhawi

DOHA – Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia, Prof Dr  Syeikh Yusof Al Qardhawi menghembuskan nafasnya terakhir sebentar tadi.

Allahyarham berusia 96 tahun.

Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) yang berpangkalan di Doha turut mengesahkan mengenai berita sedih itu dalam satu kenyataan melalui laman sesawangnya.

Allahyarham merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah dan Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa.

Sementara itu, Facebook Pencinta Ulama Akhirat turut berkongsi berita ini.

”Pergi nya seorang Ulama Terbilang Dunia Islam menyentap jiwa nurani setiap yang mengenali almarhum Syeikh Yusof Alqardawi.

”Seorang mujahid, daie dan murabbi ummah. Sangat besar jasa dan pengorbanannya kepada dunia Islam dan ummah.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan bersama para syuhada, orang-orang beriman dan semoga curahan ilmu yang terlalu banyak dimanfaat oleh yang tinggal dan diganjari Allah Azza Wajalla sebaik-baik ganjaran,” menurut kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette